Tuesday, 12 August 2014

Kenangan Makan Sushi Hihihi ^_^

 Hai, di sini saya mahu kongsikan kenangan makan sushi bersama 2 orang gadis comel di sebelah saya ni.  Sebelah kanan saya si Kak Renne. Comel kan dia? Macam bukan kakak kan rupanya. Tapi dia kakak sudah. Hihihi manakala sebelah kiri saya pulak Si Eren. Ayu kan muka si Eren nii. Saya rindu mahu outing bersama mereka berdua. Since masuk Diploma ini kan, jarang juga kami jumpa. Yalah kan, masing-masing busy dengan assignment, amali, & kerja yang lain juga. Ini kali kedua saya makan sushi. Jarang juga itu sushi. 0kay, setakat ini sahaja dapat saya share. Tata ^_^






  



Saturday, 9 August 2014

Kawan Sekolah Menengah

   Hai. Namaku Jessica Jabat Deli. Di sini aku mahu kongsikan sedikit beberapa keping gambar kenangan sewaktu sekolah menengah dulu kala. Kenangan ini tidak pernah aku lupa Tamat sahaja tingkatan 5, kami semua mengambil haluan masing-masing. Ada yang masuk tingkatan 6, Politeknik, IPTS, UiTM, Unimas dan sebagainya.

Jessica & Patricia
Jessica & Patricia

Albert, Jessica, Patricia, Eric
Jessica, Patricia, Priscilla



                                                             
Elfira, Patricia, Dessyana, Jessica
Jessica & Betty
                                                                                                   
















Monday, 4 August 2014

Kenangan Pra Diploma

       Hai, Saya merupakan pelajar Persediaan Diploma 2013/2014. Di sini saya mahu selitkan beberapa keping gambar kenangan kami waktu persediaan diploma tahun lalu. Walaupun dinner ini dilangsungkan secara kecil-kecilan. Namun, ia sudah cukup buat kami semua happy. 

Kak Tini, Owen & Jessica 


Dayang, Abie, Feera, Jess, Cekmat, Pitun
Aisah Meor & Jessica




Ha, inilah kek kami. Thanks kepada yang sponsor kek. Hargai sangat-sangat. Jasamu Dikenang ^_^ Ada lagi satu kek yang besar. Lupa juga mahu ambil gambil itu kek.
  




















































Peace dari Kami yang Comel Semuanya
Kak Tini, Jess, Bobby/Izuel, Pitun
Dinner Pra Dip 2013

Friday, 1 August 2014

Zaman Sekolah Menengah

         Pertama kali datang Betong, adalah janggal sedikit kerana telah lama tinggal di Bintulu. Aku cuba sesuaikan diri dengan suasana baru. Sewaktu aku berumur 13 tahun sehingga 17 tahun dalam tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 aku bersekolah di Smk St Augustine, Betong. Sekolah tersebut memberi banyak kenangan suka dan duka. Mengimbau kembali saat pertama kali aku kenal dengan seorang budak lelaki dari kelas 1 Orkid. Manakala aku pula dari kelas 1 Mawar. Kami berdua rapat sejak kejadian rantai basikal aku  longgar. Suatu hari, semasa balik sekolah, tiba-tiba rantai basikal aku longgar. Aku jadi kelam kabut sebab tak pandai atur rantai tersebut. Dia datang memberi pertolongan. Saya terasa terhutang budi pada dia waktu itu. 
         Bulan September 2008 dia memberitahu ku bahawa dia suka padaku. Alangkah terkejutnya aku waktu itu, aku dah anggap dia sahabat sejatiku dari ramai-ramai lelaki di sekolah. Namun, aku juga tidak mampu untuk menipu perasaan ku sendiri. Aku juga memberitahu dia tentang perasaanku. Dia gembira dan berjanji akan menjaga aku serta tidak mengambil kesempatan terhadapku. Aku pegang kata-katanya. Perhubungan kami berdua hanya kawan-kawan terdekat sahaja yang tahu. Orang kata bercinta waktu sekolah itu dipanggil "Cinta Monyet". Tapi aku tak kisah, sebab kami berdua bercinta diam-diam. Tambahan pula, waktu tingkatan 1 sampai 3 mana ada reti nak "dating". Kalau berjumpa pun pasal kerja sekolah,  aktiviti kokurikulum dan sukan tahunan.
          Tahun demi tahun, sedar tak sedar aku dah berada di tingkatan 4. Aku dari aliran sastera manakala dia dari aliran sains. Dia pernah memberitahuku bahawa dia teringin sekali nak satu kelas denganku. Aku fikir itu hanyalah gurauan. Dia sanggup berpindah kelas dari aliran sains ke aliran sastera demi aku seorang. Aku jadi serba salah dibuatnya. Tapi takpa lah itu pilihan dia. Aku pernah memberitahu dia tentang cita-cita ku ingin menjadi Pegawai Pertanian / Guru Sains Pertanian. Dia berkata "kejarlah impian mu dengan belajar bersungguh-sungguh". Dia memberitahu aku dia ingin jadi seorang Guru. Macam bapanya dan abangya yang merupakan seorang Guru. 
          Tahun 2012 merupakan tahun aku menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aku gementar kerana sepanjang di tingkatan 4 banyak subjek aku perlu tingkatkan lagi. Dia banyak menolongku dari segi pelajaran. Aku terlalu lemah dalam subjek matematik dan sejarah. Pernah sekali aku disindir oleh cikgu sejarah kerana aku dapat markah ujian paling rendah sekali manakala Dia dapat paling tinggi antara kami sekelas. Betapa malunya aku ketika itu, hanya Tuhan yang tahu. Dia memberitahuku bahawa "Gagal Sekali Bukan Gagal Selamanya". Selain keluargaku, dia juga seringkali memberi kata-kata semangat. Cikgu-cikgu di sekolah hampir semua tahu tentang perhubungan kami yang telah lama terjalin dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Ada juga cikgu yang kata kami berdua macam bukan bercinta.
          Tamat tingkatan 5, Sementara menunggu keputusan SPM keluar aku bekerja di Medan Supermarket Bahagian Betong. Manakala dia duduk rumah saja. Pada hari keputusan SPM diumumkan, Dia dapat 8A 1B, manakala aku 5B 4C 1D. Jauh kan perbezaan kami berdua? Tapi dia tidak jemu memberi kata-kata semangat untukku. Aku tidak terpikir nak sambung pelajaran lagi. Tetapi demi keluarga, aku akur juga memandangkan aku anak sulung. Dia menerima tawaran dekat UPSI dalam jurusan TESL. Aku tumpang gembira bercampur sedih sebab kami berdua akan berpisah. Dia memberitahu ku bahawa dia mahu tolak tawaran tersebut kerana tidak sampai hati untuk meninggalkan aku. Aku memberitahunya "Cukuplah, sepanjang 4 tahun kau bersama aku, sampai kau sanggup tukar aliran demi aku. Takkan sekarang ni kau nak tolak tawaran depan mata bulat-bulat semata-mata demi aku seorang? Kau pernah memberitahuku cita-cita kau nak jadi Guru. Peluang depan mata, terima je lah. Aku okay, kau jangan risau".
          Suatu hari aku  menerima panggilan dari UPMKB bahawa aku dapat tawaran ke  Program Persediaan Diploma 2013/2014. Kata bapaku, terima sahaja tawaran tersebut. Dia pun bagitau perkara yang sama, terima saja tawaran tersebut. Dia tak kisah janji aku dapat sambung belajar. Tak sampai sebulan di UPSI, Dia memberitahu ku bahawa dia berpindah ke Institusi Pendidikan Guru Batu Lintang Kuching (IPGBL) dalam option Sejarah. Katanya lagi, Tesl banyak persaingan sebab itu dia tukar option. Walaupun berjauhan, dia sentiasa sokong aku.Aku amat menghargai semua itu.


Zaman kanak-kanak & Sekolah Rendah

         Waktu kanak-kanak dahulu tetap disimpan dalam ingatan sehingga ke hari ini. Kenangan waktu kanak-kanak dahulu tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Semasa saya berumur 5 tahun hingga 6 tahun saya mula bersekolah di tadika St Anthony, Bintulu. Sekolah tersebut majoriti terdiri dari kaum cina. 2 Tahun saya tadika di situ. Saya seorang yang pemalu masa kanak-kanak, saya mempunyai ramai kawan dari kaum cina. Memandangkan saya anak perempuan sulung, saya akui yang saya lebih rapat dengan ayah saya berbanding ibu. Apa sahaja permintaan saya waktu kanak-kanak semua ayah turutkan serta tunaikan. Sekiranya gagal ditunaikan saya pasti akan merajuk. Namun, ayah sabar sahaja dengan karenah anak perempuan sulungnya waktu itu. Dari kecil lagi saya diajar supaya taat setia dengan perintah Tuhan serta menghormati orang yang lebih tua. Ibu pernah berkata bahawa syurga anak-anak dibawah telapak kaki ibu. Sejak kecil lagi, saya suka dengan pantai, kolam renang, dan sungai. Saya diajar cara berenang. Betapa seronoknya bila pandai berenang waktu itu. Pernah sekali hujan lebat masa itu, parit besar belakang rumah dipenuhi oleh air hujan. Saya ternampak ikan haruan terus saya terjun dalam parit. Betapa marahnya ibu waktu itu. peristiwa tersebut buat saya tersenyum sendiri bila diingatkan balik. 
          Semasa darjah 1 sehingga darjah 6 saya bersekolah di Sk Kampung Jepak, Bintulu. Setiap kali markah ujian diumumkan tidak pernah saya menghampakan kedua ibu bapa. Saya sentiasa bagi keputusan yang baik dari segi akademik & kokurikulum sewaktu sekolah rendah. Antara aktiviti kokurikulum yang saya sertai ialah Kelab Kebudayaan, Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) dan Bola Jaring. Saya pernah jadi wakil waktu sekolah rendah dahulu dalam kelab kebudayaan. Sekolah kami jadi juara dalam tarian tersebut. Betapa gembiranya saya waktu itu. Masih segar dalam ingatan, sewaktu kecil dahulu apabila petang, saya gemar bermain batu seremban dengan kawan-kawan. Semasa keputusan UPSR diumumkan saya hanya dapat 2A 3B sahaja. Walaupun saya tidak dapat banyak A dalam UPSR, kedua ibu bapa saya tidak jemu bagi semangat dan dorongan supaya lebih berusaha lagi pada masa akan datang. Yang menyedihkan saya, ayah saya telah diarahkan untuk transfer kerja di betong dan kami akan berpindah tempat tinggal. sekiranya ayah tidak berpindah tempat kerja, saya akan sekolah di SMK Bandar Bintulu. Tetapi apakan daya, tiada rezeki sekolah di situ. Setakat ini sahaja dapat saya kongsikan.

Tentang diriku


Tentang Diriku
          Nama diberi Jessica anak Jabat @ Deli. Berumur 19 tahun. Lahir pada 26 oktober 1995 di Hospital Bintulu, Sarawak. Berbangsa Iban serta Beragama Kristian. Saya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Saya mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Masa lapang, saya suka bergambar (selfie), berenang, bermain badminton dan cuci kereta ayah. Warna kegemaran ialah ungu dan merah jambu. Minuman kegemaran ialah Jus lobak merah tambah susu. Lobak merah baik untuk mata bagi orang yang kurang penglihatan(rabun). Makanan kegemaran ialah makanan yang dimasak oleh ibu dan ayah saya. Air tangan ibu dan ayah menambahkan lagi selera kami adik-beradik. Masa sekolah rendah, saya bersekolah di Sk Kampung Jepak, Bintulu. Dari darjah 1 hingga darjah 6. Masa sekolah menengah pula, saya bersekolah di SMK St Augustine, Betong dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. 
          Tamat peperiksaan spm, saya bekerja di Medan Supermarket,betong sebagai Cashier. Hampir 7 bulan saya bekerja sementara menunggu keputusan kemasukan ke IPTA. Pada bulan Jun 2013 saya mendapat tawaran dalam bidang persediaan diploma sesi 2013/2014. Saya sedikit kecewa kerana bidang yang minta iaitu Diploma Pertanian bukan tawaran yang saya dapat. Memang padanlah sebab saya sekolah menengah dulu dalam aliran sastera manakala keputusan matematik saya hanya gred D iaitu sekadar lulus sahaja bukan kredit. Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Sekian.