Friday, 1 August 2014

Zaman kanak-kanak & Sekolah Rendah

         Waktu kanak-kanak dahulu tetap disimpan dalam ingatan sehingga ke hari ini. Kenangan waktu kanak-kanak dahulu tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Semasa saya berumur 5 tahun hingga 6 tahun saya mula bersekolah di tadika St Anthony, Bintulu. Sekolah tersebut majoriti terdiri dari kaum cina. 2 Tahun saya tadika di situ. Saya seorang yang pemalu masa kanak-kanak, saya mempunyai ramai kawan dari kaum cina. Memandangkan saya anak perempuan sulung, saya akui yang saya lebih rapat dengan ayah saya berbanding ibu. Apa sahaja permintaan saya waktu kanak-kanak semua ayah turutkan serta tunaikan. Sekiranya gagal ditunaikan saya pasti akan merajuk. Namun, ayah sabar sahaja dengan karenah anak perempuan sulungnya waktu itu. Dari kecil lagi saya diajar supaya taat setia dengan perintah Tuhan serta menghormati orang yang lebih tua. Ibu pernah berkata bahawa syurga anak-anak dibawah telapak kaki ibu. Sejak kecil lagi, saya suka dengan pantai, kolam renang, dan sungai. Saya diajar cara berenang. Betapa seronoknya bila pandai berenang waktu itu. Pernah sekali hujan lebat masa itu, parit besar belakang rumah dipenuhi oleh air hujan. Saya ternampak ikan haruan terus saya terjun dalam parit. Betapa marahnya ibu waktu itu. peristiwa tersebut buat saya tersenyum sendiri bila diingatkan balik. 
          Semasa darjah 1 sehingga darjah 6 saya bersekolah di Sk Kampung Jepak, Bintulu. Setiap kali markah ujian diumumkan tidak pernah saya menghampakan kedua ibu bapa. Saya sentiasa bagi keputusan yang baik dari segi akademik & kokurikulum sewaktu sekolah rendah. Antara aktiviti kokurikulum yang saya sertai ialah Kelab Kebudayaan, Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) dan Bola Jaring. Saya pernah jadi wakil waktu sekolah rendah dahulu dalam kelab kebudayaan. Sekolah kami jadi juara dalam tarian tersebut. Betapa gembiranya saya waktu itu. Masih segar dalam ingatan, sewaktu kecil dahulu apabila petang, saya gemar bermain batu seremban dengan kawan-kawan. Semasa keputusan UPSR diumumkan saya hanya dapat 2A 3B sahaja. Walaupun saya tidak dapat banyak A dalam UPSR, kedua ibu bapa saya tidak jemu bagi semangat dan dorongan supaya lebih berusaha lagi pada masa akan datang. Yang menyedihkan saya, ayah saya telah diarahkan untuk transfer kerja di betong dan kami akan berpindah tempat tinggal. sekiranya ayah tidak berpindah tempat kerja, saya akan sekolah di SMK Bandar Bintulu. Tetapi apakan daya, tiada rezeki sekolah di situ. Setakat ini sahaja dapat saya kongsikan.

No comments:

Post a Comment